23 Mac 2011

71 Club Crew Kuantan, Pahang

Seperti yang sedia maklum, 71 Club telah melebarkan sayapnya ke negeri Pahang pula kali. Setelah mendapat persetujuan ramai, kini 71 Club telah diperkenalkan ke negeri Pahang pula dalam misi membantu mengurangkan kadar rempit atau dalam erti kata lain Samseng Jalanan. Crew-crew dari  Kuantan telah memberi respon yang positif dalam memajukan sukan permotoran tanah air sekali gus mengurangkan kadar mat rempit pada masa kini. Justeru itu, crew-crew dari Terengganu hendaklah menunjukkan contoh yang baik dalam memajukan lagi 71 Club agar dapat melebarkan lagi sayapnya ke seluruh negeri di tanah air. Mari sama-sama LIKE page Facebook yang telah dibuat oleh Leader Kuantan dan kongsikan apa jua pengetahuan atau idea-odea anda di PAGE tersebut..


http://www.facebook.com/pages/71-CLUB-crew-KUANTAN/137207716349957


KAMI BUKAN SAMSENG JALANAN, KAMI BELIA HARAPAN

21 Mac 2011

71club Ride To Genting

Kpd crew2 71club terengganu yang ingin menyertai konvoi 71club RIDE TO GENTING pada 28/04/2011 hingga 01/05/2011 anda diminta membayar duit kepada LEADER erea masing-masing @ terus kepada AHMAD ABDUL JABBAR di talian (014-8071730 @ 017-9396781) dengan bayaran RM 50.00 seorang..Bayaran haruslah dibayar selewat-lewatnya pada 05/04/2011..Andai akan mendapat Penginapan,Stiker Konvoi & Baju Konvoi....Jangan buat lere sangat awok2 sebab kita bkan tunggu mase,mase yang tunggu kita....


13 Mac 2011

Ride To Genting Highland -> 1 Mei 2011

Agenda konvoi kali ini lebih mencabar crew-crew 71Club... Chinese New Year ride to gambang.... 1 Mei 2011 Ride To Genting Highland... Bersama-sama kita memeriahkan lagi konvoi kali ini... Tuan Presiden,Ajk & Pengendali 71Club mengharapkan sambutan yang amat baik untuk konvoi kali nie.... Harap semua crew-crew 71Club dapat bersama menyertai... Lagi ramai,lagi sedap... Mari2... X payoh mikir banyok2....standby siap muto anda sekalian...

2 Mac 2011

Pendaftaran Ahli Baru (Crew2 Baru 71Club 2011)

Kini 71 Club membuka pendaftaran untuk ahli-ahli baru yang ingin memasuki kelab ini secara sah. Crew-crew dinasihatkan supaya selepas membuat pendaftaran, tolong jaga nama baik 71Club & jangan sesekali mudah-mudah menggunakan nama 71Club dalam apa jua pergaduhan atau sebagainya.Tindakan keras akan diambil kepada crew-crew yang tidak mematuhi terma & syarat-syarat yang telah dikeluarkan oleh Tuan Presiden & 71Club sendiri. Tiada sebarang pertimbangan atas segala kesalahan yang dianggap secara DISENGAJAKAN!!

Untuk Pendaftaran Hubungi :
014-8071730 / 017-9396781 (BAR - TRG)
017-9123212 (FENDI -KUANTAN)

INGAT MISI & VISI  KITE...
KAMI BUKAN SAMSENG JALANAN, KAMI BELIA HARAPAN.
"71Club Terus Maju"
 

Majlis BBQ 71 Club / Dinner Night

71 Club telah mengadakan satu majlis BBQ bersama crew-crew 71 Club dari seluruh daerah Kuala Terengganu. Program ini mendapat sambutan yang terbaik untuk kelab ini kerana crew-crew yang duduk di luar daerah Kuala Terengganu juga sanggup turun & join skali. Program seperti ini dijangkakan akan diadakan setiap tahun bagi tujuan mengenal pasti & berkenalan dengan crew-crew yang berdaftar dengan 71 Club.
Lepas nie harap ramai lagi hok boleh join majlis sebegini. Lagi ramai, lagi merioh!!!