29 April 2011

SELAMAT MENDAKI KE PUNCAK

Alhamdulillah, seperti mana yang kita tahu semua crew-crew 71Club serta Tuan Presiden kita sendiri telah selamat sampai ke puncak Genting Highland pada jam 9.00 pagi semalam iaitu 29/04/2011 (Jumaat). Kepada crew-crew yang tidak menyertai RIDE TO GENTING HIGHLAND bolehlah meluangkan sedikit masa untuk menyertai RIDE TO KEMASIK pada 1 MEI 2011 (Ahad) untuk kita bertemu dengan Menteri Belia Dan Sukan Malaysia di IKBN Kemasik. Masa bertolak adalah jam 10.00 pagi dan kepada mana-mana crew yang ingin menyertainya bolehlah berkumpul di batu burok jam 9.00 pagi. Kita akan berkonvoi dengan Benetton Crew Terengganu dan dibawah jagaan Persatuan Belia Waja Watan Negeri Terengganu. Diharap semua crew dapat memberi kerjasama yang amat baik untuk konvoi kali ini. 

Ini adalah baju RIDE TO GENTING HIGHLAND

KAMI BUKAN SAMSENG JALANAN, KAMI BELIA HARAPAN

27 April 2011

RIDE TO IKBN KEMASIK 1 MEI 2011

Untuk makluman untuk semua crew-crew 71Club, kita akan mengadakan satu perjumpaan bersama Menteri Belia Dan Sukan di IKBN Kemasik pada 1 Mei 2011 untuk membincangkan status kelab kita sekarang. Crew-crew dijemput untuk menyertai program ini dan kepada sesiapa yang ingin menyertainya, sila hubungi Leader kawasan masing-masing. Kita akan bertolak ke IKBN Kemasik pada 1 Mei 2011 jam 10.00 pagi bersama satu lagi kelab motor yang berdaftar dengan Persatuan Belia Waja Watan iaitu Benetton Crew Terengganu. Diharap semua crew dapat memberikan kerjasama yang amat baik demi memajukan sukan permotoran negeri Terengganu.

KAMI BUKAN SAMSENG JALANAN, KAMI BELIA HARAPAN

RIDE TO GENTING 1 MEI 2011

Selamat jalan diucapkan kepada semua crew-crew yang terlibat dalam aktiviti RIDE TO GENTING yang akan bertolak pada malam ini 28 Mei 2011 jam 9 malam dan akan pulang pada 1 Mei 2011. Semoga dipermudahkan segalanya di dalam perjalanan anda & diharapkan anda semua selamat pergi dan pulang.

KAMI BUKAN SAMSENG JALANAN, KAMI BELIA HARAPAN

18 April 2011

DALAM KENANGAN

Pada hari ini Isnin bertarikh 18 April 2011 adalah hari yang menyedihkan buat crew 71Club yang mana hari ini adalah genap 2 tahun arwah Sabri (Liket@Kecek) telah pergi meninggalkan kita buat selamanya. Diseru kepada crew-crew 71Club sekalian dan anda yang mengenali arwah, marilah sama-sama kita menyedekahkan Al-Fatihah kepada arwah beliau dan semoga Roh beliau ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh. AL-FATIHAH....

KAMI BUKAN SAMSENG JALANAN, KAMI BELIA HARAPAN

14 April 2011

MUSANG 71 TERSOHOR DI TERENGGANU

Inilah semangat yang kita inginkan daripada crew-crew sekalian. Jangan sekadar bersahaja untuk menyertai 71Club tapi kenalilah dengan lebih dekat tujuan utama 71Club ditubuhkan. Semangat untuk mengubah nama baik kita semua daripada pandangan serong oleh masyarakat. Itulah yang kita mahukan didalam perjuangan ahli 71Cub. Pastikan mereka semua tahu yang 71Club bukan hanya di Terengganu tetapi 71Club telah berada dimana-mana. ITULAH NAMANYA MUSANG PALING SOHOR ADALAH MUSANG 71!!!!




KAMI BUKAN SAMSENG JALANAN, KAMI BELIA HARAPAN

SENARAI HARGA BAGI STIKER 71CLUB

Berikut adalah senarai harga yang telah ditetapkan untuk crew-crew mendapatkan stiker 71Club bermulalah dari zaman penubuhan sehinggalah sekarang. Majukan 71Club kearah kegemilangan yang paling nyata kemata DUNIA...


Hubungi nombor yang tertera diatas untuk tempahan stiker dan bayaran.

KAMI BUKAN SAMSENG JALANAN, KAMI BELIA HARAPAN

APA CERITA MALAM INI??14/04/2011

Ayuh keluar bersama crew-crew yang lain untuk kite beramah Mesra sesame kita.... Sambil lepak-lepak kita ke Mama Tomyam minum air dulu segelas bersama awok2....Mama Tomyam ke kedai Kak Dah??

KAMI BUKAN SAMSENG JALANAN, KAMI BELIA HARAPAN

SEMANGAT BOLA

Mari kita semua memberi sokongan kepada Team bola kita iaitu pasukan TERENGGANU KITE untuk menang sokmo. Kalau Menang, buleh masuk FINAL. Kalau menang Final, kite semua boleh CUTI FREE...
Bersama memberikan sokongan kepada industri bolasepak negara. Pesanan dari Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia.




KAMI BUKAN SAMSENG JALANAN, KAMI BELIA HARAPAN

SEMANGAT KITA BERSAMA

Marilah sama-sama berganding bahu menaikkan nama 71Club ke persada dunia supaya kita boleh buktikan pada yang telah melabelkan kita sebagai SAMSENG JALANAN yang kita anak TERENGGANU yang mempunyai JATI DIRI TERSENDIRI!!


KAMI BUKAN SAMSENG JALANAN, KAMI BELIA HARAPAN

LELONG-LELONG UNTUK CREW 71CLUB

Kepada mana-mana crew yang ingin mendapatkan KEY 71Club bolehlah berbuat demikian. Hubungi nombor yang tertera pada gambar dibawah. Marilah sama-sama kita memberikan sokongan pada crew-crew yang berusaha menaikkan 71Club ke persada dunia ini. Belilah barangan buatan 71Club. Majukan ekonomi 71Club dan biarkan orang segan dengan 71Club selepas ini. 71Club Maju, Impianku....


KAMI BUKAN SAMSENG JALANAN, KAMI BELIA HARAPAN

REMINDER UNTUK SEMUA RIDER 71CLUB

Kepada sesiapa yang berhasrat dan ingin menyertai konvoi ke Genting Highland pada 1 Mei 2011 ini bolehlah membuat bayaran kepada Jabbar atau leader-leader kawasan masing-masing. RM50 iaitu Baju + Stiker + Tempat Tidur. Tolong bagi kerjasama supaya tiada sebarang masalah berlaku untuk membuat tempahan bilik dan sebagainya. LEREL AMALAN KITA.

KAMI BUKAN SAMSENG JALANAN, KAMI BELIA HARAPAN

AMARAN UNTUK CREW 71CLUB

Adalah dimaklumkan bahawa, crew-crew 71Club adalah dilarang sama sekali menganjurkan Atau menyertai sebarang aktiviti yang tidak sihat iaitu PERLUMBAAN MOTOR SECARA HARAM atau lebih dikenali sebagai MAEN HARAM. Sekiranya crew-crew melanggar peraturan ini, pihak pengurusan serta merta akan membuang anda daripada menyertai crew 71 Club. Ini adalah amaran keras dari pihak pengurusan 71Club, pihak pengurusan Persatuan Belia Waja Watan dan Kementerian Belia Dan Sukan. Sekiranya ada hasrat untuk menaikkan nama 71Club, crew-crew bolehlah menyertai Sprint Test yang akan diadakan nanti. Ingat slogan kita KAMI BUKAN SAMSENG JALANAN, KAMI BELIA HARAPAN. Diharapkan crew-crew faham dengan situasi dunia permotoran sekarang dan kerjasama dari anda sekalian amatlah dialu-alukan. Sekian.

KAMI BUKAN SAMSENG JALANAN, KAMI BELIA HARAPAN

TERKINI

KEPADA CREW-CREW 71CLUB YANG MEMPUNYAI MASALAH BERKAITAN DENGAN KOMPUTER, LAPTOP, E-BOOK, NETBOOK DAN SEBAGAINYA BOLEH MENGHUBUNGI CREW KITA DI KUALA TERENGGANU IAITU FATAR ZAMANI DI TALIAN 0139639733. BELIAU AKAN CUBA BANTU CREW-CREW 71CLUB SEKIRANYA ANDA MEMPUNYAI MASALAH BERKAITAN DENGAN APA YANG DITULIS SEPERTI DIATAS. KALAU ANDA DUDUK JAUH, TIDAK PERLU BERJUMPA BELIAU. HANYA BAGITAHU DAN BELIAU AKAN SELESAIKAN DENGAN CARA TERSENDIRI(ONLINE). LAYARI FACEBOOK BELIAU IAITU FATAR ZAMANI ATAU KLIK PADA LINK INI UNTUK KETERANGAN LANJUT http://www.facebook.com/#!/profile.php?id=100000887058771.

PROMOSI DIATAS SAH SEHINGGA 30 APRIL 2011

KAMI BUKAN SAMSENG JALANAN, KAMI BELIA HARAPAN

13 April 2011

PERTIKAIAN

dari apa yang kita tahu, hari kita dipertikaikan dengan design stiker ride to chemerong oleh kelab lain. untuk pengetahuan ahli 71club, selepas daripada ini kalau nak design stiker atau apa-apa berkaitan dengan kelab tolong jangan ambil design orang atau kelab lain sebab kita tidak mahu kelab kita diperlekehkan oleh orang lain kerana meniru mereka. usahalah supaya kita mendapat idea tersendiri daripada apa yang telah dilakukan oleh orang lain. sendiri edit, sendiri design. diharap crew-crew semua mengambil iktibar dari kesilapan ini. harap maklum.

KAMI BUKAN SAMSENG JALANAN, KAMI BELIA HARAPAN

12 April 2011

SUMBANGKAN HASIL KERJA ANDA

dari apa yang kita lihat sekarang, berkembangnya bakat edit atau mengubahsuai gambar-gambar oleh crew-crew 71club. marilah sama-sama kita kongsikan hasil pengubahsuaian yang telah dilakukan oleh anda di http://www.facebook.com/#!/pages/-71-CLUB-OFFICIAL-PAGE-/112265212156842..
hasil kerja anda akan dipertonjolkan kepada semua warga 71club dan seluruh negara. cukuplah dengan apa yang telah dilabelkan oleh kerajaan kepada kita iaitu SAMSENG JALANAN. marilah kita sama-sama mengubah persepsi kita yang telah diperlekehkan oleh mereka yang telah melabelkan kita seperti itu dan buktikan kepada mereka yang kita bukan SAMSENG JALAN, kitalah BELIA HARAPAN NEGARA.



KAMI BUKAN SAMSENG JALANAN, KAMI BELIA HARAPAN

11 April 2011

RIDE TO CHEMERONG, TERENGGANU 1 MEI 2011

kepada crew-crew 71club yang tidak join ride to genting highland pada 1 mei ini bolehlah anda join ride to chemerong pada 1 mei 2011 yang dianjurkan oleh crew 71club daerah besut. tujuan utama adalah untuk mengenali dengan lebih dekat lagi crew-crew dari daerah yang berlainan sejurus merapatkan lagi hubungan silaturahim antara crew-crew yang lain. marilah kita sama-sama memeriahkan lagi ride to genting highland & ride to chemerong pada 1 mei 2011 ini. bagi ride to chemerong, tiada yuran dikenakan. tanggungan adalah sendirian berhad. sebarang masalah rujuk kepada admin blog ini atau layari http://www.facebook.com/#!/pages/-71-CLUB-OFFICIAL-PAGE-/112265212156842.


KAMI BUKAN SAMSENG JALANAN, KAMI BELIA HARAPAN

TATATERTIB 71CLUB

perhatian kepada semua crew-crew 71club. Anda dinasihatkan supaya menjaga tatatertib dan tingkahlaku anda terhadap ahli kelab dan kumpulan-kumpulan kelab yang lain. Ini adalah sebahagian cara untuk menjaga imej 71club dari diperlekehkan oleh orang lain. Dari apa yang kita lihat sekarang, ramai di kalangan remaja-remaja kita menggunakan nama 71club untuk membuat kecoh seperti mana yang telah kerap kali berlaku di laman sosial FACEBOOK. Laman tersebut adalah laman untuk berkongsi pendapat dengan rakan-rakan yang lain dan bukan untuk memburukkan mana-mana pihak dengan menggunakan nama kelab. justeru itu, pihak ajk 71club akan mengambil tindakan tatatertib sekiranya anda bertindak sedemikian. Kita akan mengesan mana-mana pihak yang terlibat dalam membuat kecoh dengan menggunakan nama 71club. jangan ingat kamu terlebih cerdik kerana sekarang kita sudah mempunyai cara tersendiri untuk mengesan anda.


KAMI BUKAN SAMSENG JALANAN, KAMI BELIA HARAPAN

10 April 2011

71 CLUB OFFICIAL PAGE DI FACEBOOK

di facebook kita mempunyai ramai kenalan dari seluruh pelusuk daerah mahupun negeri. tidak kah anda sedar bahawa seramai 4,123 orang yang telah like page 71 club di facebook. jadi, marilah sama-sama kita kenali dengan lebih dekat lagi 71club dan sama-samalah kita berusaha memajukan industri permotoran negara bersama 71club.

 
  KAMI BUKAN SAMSENG JALANAN, KAMI BELIA HARAPAN

KENALI ARWAH SABRI ( KECEK)

seperti mana yang kita ketehaui, arwah sabri atau lebih mesra dikenali sebagai kecek telah banyak membantu kita semua di dalam 71 club ini. arwah telah banyak membantu kita sejurus menaikkan 71 club di terengganu ini. arwah pergi buat selamanya meninggalkan kita setelah beliau terlibat dalam satu kemalangan di tempat membuat pusingan u berhampiran durian burung, kuala terengganu. kini beliau sudah tiada bersama kita untuk memperjuangkan 71club dan diharap, kepada crew-crew agar dapat berganding dan bersatu hati untuk sama-sama kita menaikkan nama 71club ke arah kecemerlangan di mata dunia. insyaallah, dengan izin allah kita semua akan berjaya. marilah kita sama-sama menyedekahkan al-fatihah buat arwah sabri (kecek) agar beliau ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang soleh. al-fatihah.....

KAMI BUKAN SAMSENG JALANAN, KAMI BELIA HARAPAN

8 April 2011

AGENDA PENUBUHAN 71 CLUB

Marilah kita sama-sama bersatu hati dan berganding bahu dalam memajukan 71 Club kearah kegemilangan di mata dunia. Biar semua orang tahu yang 71 Club ditubuhkan bukan untuk diburukkan oleh media pada masa kini seperti yang terjadi tahun lepas dalam 999. 71 Club ditubuhkan adalah untuk mengurangkan kadar rempit di negara ini. Kini 71 Club diklasifikasikan sebagai samseng jalanan setelah terpaparnya nama 71 Club di 999. sebaliknya 71 Club tidak bertindak sedemikian kerana KAMI BUKAN SAMSENG JALANAN, KAMI BELIA HARAPAN. kami menubuhkan kelab ini adalah untuk membantu remaja-remaja yang selalu merempit supaya mereka tidak terjebak dengan apa jua kesalahan mengikut undang-undang. Kami telah didaftarkan di bawah persatuan belia dan kami telah bekerjasama dengan belia untuk mengurangkan kadar rempit di negara tercinta. Marilah kita bersatu hati dan berganding bahu demi menaikkan lagi nama 71 Club sejurus memperkenalkan 71 Club ke mata dunia. BERSATU KITA TEGUH, BERCERAI KITA ROBOH..



KAMI BUKAN SAMSENG JALANAN, KAMI BELIA HARAPAN

DOA BUAT CREW 71 CLUB

kepada semua crew-crew 71 club, selama kita hidup nie marilah sama-sama kita bertaubat kepada Allah SWT kerana dari Dia kita datang dan Kepada Dia Kita Pulang. Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan kerana solat lima waktu sehari semalam adalah wajib bagi kita umat islam. saya disini ingin berpesan kepada crew-crew 71 club agar kita selalu berdoa kepadaNya agar kita bersama mendapat keberkatan hidup dari Allah SWT dan dirahmati sepanjang hayat kita.






KAMI BUKAN SAMSENG JALANAN, KAMI BELIA HARAPAN

71 CLUB GROUP ON FACEBOOK

seperti mana yang kita lihat, 71 Club telah membuat satu group di dalam facebook untuk memudahkan Crew-crew berkongsi idea, bertanya khabar dan bersuai kenal dengan crew-crew lain. Dengan wujudnya group ini sedikit sebanyak mengurangkan perselisihan faham antara satu sama lain kerana disini kita dapat mendengar pelbagai agenda-agenda terkini berkaitan dengan aktiviti 71 Club. kepada sesiapa yang ingin join group 71 Club di facebook sila layari 71ClubTrgGroup@groups.facebook.com klik pada ASK TO JOIN.



PERHATIAN :
Kepada sesiapa yang didapati melanggar undang-undang group sama ada menganiaya, memaki hamun & sebagainya akan diambil tindakan atau dibuang dari graoup atau dilupuskan dari FACEBOOK..

KAMI BUKAN SAMSENG JALANAN, KAMI BELIA HARAPAN

7 April 2011

PENJUALAN CENDERAMATA 71 CLUB

Seperti mana yang kita tahu, 71 Club telah mengadakan satu lagi aktiviti iaitu Menjual Cenderamata kepada semua Crew-crew 71 yang ingin membeli sebagai tanda kenangan yang kita pernah bersama di dalam satu pasukan yang telah dikongsikan bersama. Setiap pembelian anda amat bermakna kerana wang yang diperolehi akan di masukkan ke dalam Tabung 71 Club untuk kita membuat aktiviti-aktiviti selepas ini kerana LEREL AMALAN KITE.... Pada mana-mana Crew yang berminat sila hubungi nombor yang tertera di gambar di bawah...


KAMI BUKAN SAMSENG JALANAN, KAMI BELIA HARAPAN