20 Mei 2011

DINNER NIGHT BERSAMA CREW MELAKA

Baru-baru ini, crew Melaka telah mengadakan Dinner Night BBQ yang bertujuan untuk bersuai kenal sesama crew-crew yang menetap di Melaka. Program seperti ini amatlah diperlukan untuk kita bersatu sesama crew dalam membimbing 71Club kearah kejayaan yang cemerlang. TAHNIAH diucapkan kepada semua crew yang terlibat.




KAMI BUKAN SAMSENG JALANAN, KAMI BELIA HARAPAN

ULANGTAHUN KEDUA 71CLUB CREW SETIU, TERENGGANU 2009

Pada tahun 2009 yang lepas, crew setiu telah menyambut ulangtahun 71Club ke 2 sempena 71Club ditubuhkan disana kawasan Setiu, Terengganu. Tahniah diucapkan pada crew-crew yang telah menjayakan sambutan ulangtahun tersebut. Pihak admin dan warga kerja 71Club mengharapkan sambutan seperti ini akan diadakan pada setiap tahun bagi mengenangkan hari permulaan 71Club diperkenalkan kepada semua.


KAMI BUKAN SAMSENG JALANAN, KAMI BELIA HARAPAN

18 Mei 2011

GROUP PENGUMPULAN CREW 71CLUB DARI SELURUH PELUSUK NEGERI

Seperti mana yang telah dihebahkan di laman sosial Facebook, 71Club telah mengadakan Group di laman sosial tersebut bertujuan untuk crew-crew 71Club berkumpul, bertanya khabar dan meluahkan idea yang mungkin boleh membuatkan 71Club lebih menyerlah dan maju kehadapan. Sekiranya crew berminat untuk serati Group tersebut klik pada Link www.seventyone@groups.facebook.com. Ayuh sertai kami 71Club.




KAMI BUKAN SAMSENG JALANAN, KAMI BELIA HARAPAN

PROGRAM SSRM PERSATUAN BELIA WAJA WATAN

Kepada Leader daerah dan kawasan diwajibkan melibatkan diri dalam pertemuan dengan Mantan Exco Belia Dan Sukan beserta Ngo akan diadakan pada 20 MEI 2011 iaitu Jumaat jam 9.00 malam di TER, Kuala Terengganu. Program ini bertujuan untuk menyahut kembali seruan SSRM MALAYSIA T (Mobile) yang mana Program tersebut dinamakan Rempit Sifar 2010 yang telah lama dirancang oleh PERSATUAN BELIA WAJA WATAN. Diaharapkan Leader 71Club bagi setiap kawasan dan daerah dapat menyertai Program ini untuk membantu kita dalam mendapat pembelaan dari Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia. INSYAALLAH..


KAMI BUKAN SAMSENG JALANAN, KAMI BELIA HARAPAN

RIDE TO CHERATING 2011

Selepas mendapat persetujuan ramai 71Club sekali lagi ingin mengadakan konvoi iaitu RIDE TO CHERATING yang mana disana kita akan berjumpa dengan semua crew dari tiga buah negeri iaitu Crew Melaka, Crew Pahang dan juga Crew Terengganu. Daripada sinilah kita dapat bersatu dalam mengeratkan lagi hubungan persahabatan kita supaya kita semua tidak berpecah. Marilah semua sertai 71Club dan sertai RIDE TO CHERATING pada 26 JUN 2011. Untuk maklumat lanjut hubungi Jabbar atau Mus di laman sosial Facebook. Jom semua kepada crew-crew 71CLUB semua kita LANCORRRRRR....


KAMI BUKAN SAMSENG JALANAN, KAMI BELIA HARAPAN

STIKER UNTUK CREW MELAKA

Kepada mana crew yang berada di Melaka, anda semua bolehlah menempah Stiker 71Club dengan Leader Melaka iaitu Kimi dengan menghubungi nombor ini 017-6279420. Diharapkan crew-crew dapatlah memberi komitmen yang baik kepada Leader anda semua. Ayuh sertai 71Club. Biarkan semua team motor di Melaka join 71Club supaya masyarakat tahu yang KAMI BUKAN SAMSENG JALANAN, KAMI BELIA HARAPAN NEGARA!!


KAMI BUKAN SAMSENG JALANAN, KAMI BELIA HARAPAN

PRODUK 71CLUB

Kepada mana-mana crew yang berminat untuk membeli Produk keluaran 71Club bolehlah menghubungi nombor yang tertara dibawah. Untuk pengetahuan semua crew, setiap wang pembelian dari anda semua akan dimasukkan ke Tabung 71Club yang bertujuan untuk mengadakan PROGRAM kelab kita sendiri. Diharapkan anda semua dapat memberi sambutan kepada penjualan Produk keluaran 71Club ini. Untuk maklumat lanjut hubungi Mus (Musang Teknologi) di laman sosisal Facebook atau hubungi Izhan pada nombor yangh tertera di gambar dibawah.


KAMI BUKAN SAMSENG JALANAN, KAMI BELIA HARAPAN

16 Mei 2011

OPERASI DI KUALA TERENGGANU

Perhatian kepada crew-crew 71Club, kurangkan keluar pada waktu-waktu tertentu kerana OPERASI SAMSENG JALANAN sedang dikuatkuasakan oleh pihak Polis di sekitar Kuala Terengganu dan kawasan yang sama waktu dengannya. Hal ini kerana mereka ingin membanteras Gejala Samseng Jalanan dari terus mengganas. Crew-crew semua diharap dapat kurangkan perjalanan pada sebelah petang dan pada malam-malam minggu. Jagalah nama baik 71Club agar terus dijaga dan disanjung oleh masyarakat. Untuk info selanjutnya layari Laman Sosial 71Club di http://www.facebook.com/pages/-71-CLUB-OFFICIAL-PAGE-/112265212156842

KAMI BUKAN SAMSENG JALANAN, KAMI BELIA HARAPAN

TAHNIAH BUAT TERENGGANU

Seperti mana yang kita tahu, semalam adalah perlawanan penentuan antara TERENGGANU dan PAHANG yang berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasirudin Syah, Kuala Terengganu. Terengganu telah membenam Pahang 2-0 dan memenangi perlawanan Separuh Akhir Piala FA dengan aggregat 5-2. Ini bermakna Terengganu akan bertemu dengan pasukan Kelantan di Final Piala FA yang akan berlangsung di Stadium Shah Alam, Selangor pada 11 JUN 2011. Marilah sam-sama kita gegarkan Stadium Shah Alam untuk penentuan JUARA PIALA FA 2011. Kami di 71Club mengucapkan TAHNIAH kepada pasukan TERENGGANU, PAHANG, KELANTAN dan SELANGOR kerana layak hingga ke Separuh Akhir. Sekali lagi ucapan TAHNIAH buat negeri PANTAI TIMUR kerana ketiga-tiga negeri di Pantai Timur telah berjaya menempah tiket ke Separuh Akhir dan Final Piala FA. TAHNIAH buat semua dari warga kerja 71Club!!
 

KAMI BUKAN SAMSENG JALANAN, KAMI BELIA HARAPAN

14 Mei 2011

PROGRAM BERSAMA MENTERI

SSRM atau lebih dikenali sebagai PERSATUAN BELIA WAJA WATAN dan KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA akan mengadakan satu program bersama Menteri di Dataran Syahbandar pada Jun ini. Program tersebut adalah salah satu daripada siri Jinak Rempit 2010 yang dijayakan oleh PERSTUAN BELIA WAJA WATAN. Diharap crew-crew dapat memberi kerjasama dan meramaikan lagi crew 71Club untuk hadir ke program tersebut. Marilah kita sama-sama buktikan pada masyarakat sekeliling yang bahawa KITA BUKAN SAMSENG JALANAN, KAMI BELIA HARAPAN.  Program ini juga adalah sebahagian daripada aktiviti kelab untuk memantapkan lagi prestasi kelab kita.

KAMI BUKAN SAMSENG JALANAN, KAMI BELIA HARAPAN

13 Mei 2011

KOMUNITI KELAB MOTOSIKAL BERDAFTAR 2011

Seperti mana yang telah diketahui semua pihak, 71Club telah berada dalam satu komuniti permotoran yang sah. Komuniti permotoran PERSATUAN BELIA WAJA WATAN telah menggabungkan 71Club, W99, 69 dan juga Benetton dalam satu kelompok yang sah. Hal ini kerana PERSATUAN BELIA WAJA WATAN tidak mahu melihat anak-anak muda pada masa kini tidak terlibat kepada gejala-gejala Negatif seperti merempit dan sebagainya. Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah atau inginkan keterangan lanjut layari laman sosial Facebook PERSATUAN BELIA WAJA WATAN dengan menekan link ini http://www.facebook.com/photo.php?fbid=10150178772829830&set=at.189600944829.128030.770964829.100000887058771&type=1&ref=nf#!/profile.php?id=770964829

KAMI BUKAN SAMSENG JALANAN, KAMI BELIA HARAPAN

PETEH TERENGGANU PETEH

Pihak pengurusan berharap crew-crew dapat memberi sokongan sepenuhnya kepada pasukan negeri kita TERENGGANU DARUL IMAN untuk menempah tiket ke Final Liga Super. Marilah sama-sama kita memeriahkan dan meriuhkan lagi Stadium Sultan Ismail Nasirudin Shah pada 16 Mei 2011bagi perlawanan Separuh Akhir kedua antara TERENGGANU & PAHANG. Semalam telah menonjol kehebatan pasukan kita dengan membenam PAHANG 3-2. Sekiranya TERENGGANU layak ke Final, kita akan bertemu dengan KELANTAN di final sekiranya KELANTAN memenangi perlawanan separuh akhir keuda di Stadium Kelantan pada 16 Mei 2011 ini. Bersamalah kita memberi sokongan kepada TEAM KITA!! PETEH TERENGGANU PETEH!! PETEH BIAR REBEH!!!


KAMI BUKAN SAMSENG JALANAN, KAMI BELIA HARAPAN

BAJU RASMI 71CLUB

Kepada semua crew-crew 71Club yang ingin menempah baju Rasmi 71Club bolehlah membuat tempahan dengan IZHAN atau hubungi beliau di 014-5092945. Tentukan size baju, daerah, no. telefon dan bayaran haruslah dibuat kepada beliau. Sekiranya kita mempunyai bajet yang lebih, kita akan membuat program santai bersama crew 71Club iaitu BBQ. Diharap crew boleh memberi kerjasama yang sewajarnya kepada pengurusan 71Club.


KAMI BUKAN SAMSENG JALANAN, KAMI BELIA HARAPAN

12 Mei 2011

71CLUB MAJU KEHADAPAN

Inilah pencapaian 71Club selama ditubuhkan. Tidak mudah untuk mencapai kejayaan sekiranya kita tidak berusaha dalam membuat kerja berkumpulan. BERSATU KITA TEGUH, BERCERAI KITA ROBOH.


KAMI BUKAN SAMSENG JALANAN, KAMI BELIA HARAPAN

PAKAIAN RASMI 71CLUB MELAKA

Berikut adalah baju atau pakaian rasmi 71Club bagi crew yang berada di Melaka. Sekiranya anda ingin membuat tempahan untuk pakaian tersebut, sila hubungi Kimi 0176279420. Kami mengharapkan ramai crew yang berminat dengan pakaian ini. Harga sehelai baju adalah RM30.


KAMI BUKAN SAMSENG JALANAN, KAMI BELIA HARAPAN

9 Mei 2011

PETRONAS CUP PRIX 2011

Seperti yang sedia maklum, pada 13 Mei 2011(Jumaat) hingga 14 Mei 2011(Sabtu) akan berlangsungnya PETRONAS CUB PRIX di perkarangan Stadium Gong Badak bermula dari jam 9.00pagi hingga 9.00malam. Pelbagai acara akan diadakan disana. Kepada crew-crew yang tiada apa-apa halangan bolehlah kesana untuk menyaksikan perlumbaan hebat antara kelab-kelab tersohor di Malaysia. Tidak lupa juga bekas kepada crew kita Mohd Syawalludin yang mewakili kelab 41 Racing turut serta bertanding disana. Marilah sama-sama kita memberikan sokongan kepada mereka semua.



KAMI BUKAN SAMSENG JALANAN, KAMI BELIA HARAPAN

PERUBAHAN LALULINTAS DI KUALA TERENGGANU MENJADI SEHALA

Seperti mana yang telah diwawarkan di laman sosial Facebook, perubahan lalulintas di Kuala Terengganu telah bermula semalam 9 Mei 2011 bermula dari jalan Jalan Sultan Zainal Abidin menjadi sehala hingga ke Pasar Besar Kedai Payang. Sila rujuk peta lalulintas dibawah supaya anda mengetahui perkembangan semasa di Kuala Terengganu.


KAMI BUKAN SAMSENG JALANAN, KAMI BELIA HARAPAN

7 Mei 2011

PROGRAM SSRM PERSATUAN BELIA WAJA WATAN

Pada 10 Mei 2011(Selasa) akan diadakan di Permai Inn Kuala Terengganu untuk memantapkan lagi belia 71Club ke arah kegemilangan. Diharapkan crew kita yang akan membimbing kelab ini pada masa akan datang dapat hadir ke program tersebut. Sila rujuk pada Official Page di laman sosial Facebook http://www.facebook.com/pages/Kolam-Pancing-Textra/198358946842788?ref=ts&sk=wall#!/pages/-71-CLUB-OFFICIAL-PAGE-/112265212156842.

PROGRAM POTENSI DIRI TERENGGANU 2011 (BELIA)
BAH. PEMB. RAKAN MUDA JABATAN BELIA SUKAN NEGERI TERANGGANU
TARIKH : 10 MEI 2011
TEMPAT : PERMAI INN KUALA TERENGGANU
JAM : 0800 PAGI - 04.30 PETANG
ANJURAN : JBSNT


KAMI BUKAN SAMSENG JALANAN, KAMI BELIA HARAPAN

HARI BELIA NEGARA

Seperti yang sedia maklum, 71Club akan menghantar crew bersama Leader kawasan ke Putrajaya untuk menyambut Hari Belia Negara di sana. Kepada sesiapa yang ingin menyertainya bolehlah menghubungi Leader kawasan masing-masing. Jadual perjalanan akan di Update nanti. Untuk maklumat lanjut hubungi admin page Facebook http://www.facebook.com/index.php?lh=39cd9603e5b75db6bcbf4fcdf919f14d&eu=tZAwxLqijVcbmlqmO7q9gQ#!/pages/-71-CLUB-OFFICIAL-PAGE-/112265212156842..



KAMI BUKAN SAMSENG JALANAN, KAMI BELIA HARAPAN

LOGO CREW MELAKA

Inilah logo 71Club di Negeri Melaka. Diharapkan ianya terus maju disana dan kekal selamanya buat Crew-crew yang telah mendaftar sebagai ahli. Go 71Club


KAMI BUKAN SAMSENG JALANAN, KAMI BELIA HARAPAN

6 Mei 2011

SELAMAT HARI IBU

Assalamualaikum kepada semua pengunjung blog 71Club. Bersempena dengan hari ibu ini, marilah kita sama-sama mengucapkan SELAMAT HARI IBU kepada ibu kita mahupun semua orang bergelar ibu. Semoga sambutan hari ibu pada tahun ini akan memberi makna yang amat mendalam kepada kita semua selaku anak-anak mereka. Jadilah anak yang tidak menderhaka pada ibu-ibu anda agar anda dapat mencium bau syurga sekiranya anda mendengar segala nasihat yang diberikan kepada anda. Kami bagi pihak pengurusan 71Club dan Admin Blog 71Club mengucapkan SELAMAT HARI IBU.


KAMI BUKAN SAMSENG JALANAN, KAMI BELIA HARAPAN

BERKEMBANG

Dari apa yang telah dikongsikan di laman sosial Facebook. 71Club terus mengembangkan sayapnya ke negeri Hang Tuah iaitu Melaka Bandaraya Bersejarah. Setelah ditubuhkan di Negeri Terengganu, sekarang kita bersama harus berganding bahu untuk mengembangkan lagi 71Club ke seluruh pelusuk dunia supaya mereka semua tahu yang kita adalah BELIA HARAPAN NEGARA. Marilah kita sama-sama LIKE page 71Club bahagian Melaka di laman sosial Facebook. Klik link ini dan marilah kita kogsikan apa jua idea di sana untuk menggerakkan 71Club disana.
http://www.facebook.com/pages/71-CLUB-crew-Melaka/217724298240486?sk=wall

KAMI BUKAN SAMSENG JALANAN, KAMI BELIA HARAPAN

3 Mei 2011

SLOGAN KITA BERSAMA

Pada semua crew 71Club. Berjuanglah demi negara tercinta supaya tidak dicerca oleh mana-mana pihak yang mahu menjatuhkan kita. Ingat slogan kita semua, KAMI BUKAN SAMSENG JALANAN, KAMI BELIA HARAPAN.


KAMI BUKAN SAMSENG JALANAN, KAMI BELIA HARAPAN

PELAN STRATEGIK (JINAK REMPIT SIFAR 2010)

Seperti mana yang kita semua tahu, SSRM dari Persatuan Belia Waja Watan telah banyak membantu kita dalam pelbagai sudut untuk kita membuat sesuatu program. Marilah kita sama-sama memberi kerjasama yang sebaiknya kepada Persatuan Belia Waja Watan demi menjaga kita dari dimusnahkan dan dijadikan KAMBING HITAM oleh mereka yang melabelkan kita sebagai SAMSENG JALANAN..



KAMI BUKAN SAMSENG JALANAN, KAMI BELIA HARAPAN

RIDE TO LATA TEMBAKAH AND GENTING HIGHLAND

Tahniah diucapkan kepada crew 71Club bagi daerah Besut, Setiu yang telah berjaya menjayakan program RIDE TO LATA TEMBAKAH pada 1 Mei 2011 bersempena hari pekerja baru-baru ini. Kami pihak Admin mengucapkan syabas dan seelok-eloknya berkongsilah gambar semasa berkonvoi disini. Tidak lupa juga kita ingin mengucapkan tahniah kepada Rider-Rider kita yang telah menjayakan RIDE TO GENTING HIGHLAND yang diketuai sendiri oleh Tuan Presiden 71Club. Tahniah diucapkan pada semua danselamat pulang kepada para Rider-Rider 71Club..
CREW DAERAH BESUT, SETIU & MR. PRESIDEN 71CLUB.

KAMI BUKAN SAMSENG JALANAN, KAMI BELIA HARAPAN

2 Mei 2011

SELAMAT HARI PEKERJA

Dalam kesibukan konvoibaru-baru ini, pihak pengurusan 71Club tidak lupa untuk mengucapkan SELAMAT HARI PEKERJA bagi seluruh rakyat Malaysia yang bekerja untuk mencari rezeki untuk keluarga dan diri masing-masing. Kami di 71Club mendoakan anda semua dipermudahkan segala kerja dan harap dapat memberi khidmat yang terbaik di tempat kerja anda semua.
SELAMAT HARI PEKERJA




KAMI BUKAN SAMSENG JALANAN, KAMI BELIA HARAPAN

1 Mei 2011

PROGRAM BERSAMA MENTERI BELIA (71CLUB BERSAMA BENETTON CREW)

Seperti yang sedia maklum, crew 71Club telah bergabung dengan Benetton Crew untuk mengadakan konvoi ke IKBN Kemasik pada 1 MEI 2011 untuk sesi bersama Menteri Belia Dan Sukan Malaysia sejurus membincangkan tentang status & hala tuju kelab masing-masing. Ianya mendapat respon yang baik dr Menteri Belia iaitu Datuk Sabri Chikdan beliau menyokong akan pertubuhan kelab motor yang bertujuan mengelakkan remaja-remaja dari terjerumus ke dalam panggilan SAMSENG JALANAN. Diharapkan crew-crew 71Club dapat memberi kerjasama kepada Benetton Crew Terengganu untuk kita sama-sama memajukan kelab motor kita & menaikkan nama kelab kita semua ke mata dunia supaya semua masyarakat tahu yang bahawa kelab yang dinyatakan oleh media iaitu 999 pada tahun lepas adalah kelab yang berdaftar dibawah Persatuan Belia Waja Watan dan bukan dari kelab yang haram. Tanggapan tersebut telah menjejaskan imej 71Club sejurus menjatuhkan nama baik kelab motor kita semua. Marilah sama-sama kita bersatu & bergabung demi mempertahankan nama baik kelab kita dan memperkenalkan kepada semua masyarakat yang bahawa kita adalah BELIA HARAPAN NEGARA bukan SAMSENG JALANAN seperti yang mereka perkatakan!!!


KAMI BUKAN SAMSENG JALANAN, KAMI BELIA HARAPAN