7 April 2011

PENJUALAN CENDERAMATA 71 CLUB

Seperti mana yang kita tahu, 71 Club telah mengadakan satu lagi aktiviti iaitu Menjual Cenderamata kepada semua Crew-crew 71 yang ingin membeli sebagai tanda kenangan yang kita pernah bersama di dalam satu pasukan yang telah dikongsikan bersama. Setiap pembelian anda amat bermakna kerana wang yang diperolehi akan di masukkan ke dalam Tabung 71 Club untuk kita membuat aktiviti-aktiviti selepas ini kerana LEREL AMALAN KITE.... Pada mana-mana Crew yang berminat sila hubungi nombor yang tertera di gambar di bawah...


KAMI BUKAN SAMSENG JALANAN, KAMI BELIA HARAPAN

23 Mac 2011

71 Club Crew Kuantan, Pahang

Seperti yang sedia maklum, 71 Club telah melebarkan sayapnya ke negeri Pahang pula kali. Setelah mendapat persetujuan ramai, kini 71 Club telah diperkenalkan ke negeri Pahang pula dalam misi membantu mengurangkan kadar rempit atau dalam erti kata lain Samseng Jalanan. Crew-crew dari  Kuantan telah memberi respon yang positif dalam memajukan sukan permotoran tanah air sekali gus mengurangkan kadar mat rempit pada masa kini. Justeru itu, crew-crew dari Terengganu hendaklah menunjukkan contoh yang baik dalam memajukan lagi 71 Club agar dapat melebarkan lagi sayapnya ke seluruh negeri di tanah air. Mari sama-sama LIKE page Facebook yang telah dibuat oleh Leader Kuantan dan kongsikan apa jua pengetahuan atau idea-odea anda di PAGE tersebut..


http://www.facebook.com/pages/71-CLUB-crew-KUANTAN/137207716349957


KAMI BUKAN SAMSENG JALANAN, KAMI BELIA HARAPAN

21 Mac 2011

71club Ride To Genting

Kpd crew2 71club terengganu yang ingin menyertai konvoi 71club RIDE TO GENTING pada 28/04/2011 hingga 01/05/2011 anda diminta membayar duit kepada LEADER erea masing-masing @ terus kepada AHMAD ABDUL JABBAR di talian (014-8071730 @ 017-9396781) dengan bayaran RM 50.00 seorang..Bayaran haruslah dibayar selewat-lewatnya pada 05/04/2011..Andai akan mendapat Penginapan,Stiker Konvoi & Baju Konvoi....Jangan buat lere sangat awok2 sebab kita bkan tunggu mase,mase yang tunggu kita....


13 Mac 2011

Ride To Genting Highland -> 1 Mei 2011

Agenda konvoi kali ini lebih mencabar crew-crew 71Club... Chinese New Year ride to gambang.... 1 Mei 2011 Ride To Genting Highland... Bersama-sama kita memeriahkan lagi konvoi kali ini... Tuan Presiden,Ajk & Pengendali 71Club mengharapkan sambutan yang amat baik untuk konvoi kali nie.... Harap semua crew-crew 71Club dapat bersama menyertai... Lagi ramai,lagi sedap... Mari2... X payoh mikir banyok2....standby siap muto anda sekalian...

2 Mac 2011

Pendaftaran Ahli Baru (Crew2 Baru 71Club 2011)

Kini 71 Club membuka pendaftaran untuk ahli-ahli baru yang ingin memasuki kelab ini secara sah. Crew-crew dinasihatkan supaya selepas membuat pendaftaran, tolong jaga nama baik 71Club & jangan sesekali mudah-mudah menggunakan nama 71Club dalam apa jua pergaduhan atau sebagainya.Tindakan keras akan diambil kepada crew-crew yang tidak mematuhi terma & syarat-syarat yang telah dikeluarkan oleh Tuan Presiden & 71Club sendiri. Tiada sebarang pertimbangan atas segala kesalahan yang dianggap secara DISENGAJAKAN!!

Untuk Pendaftaran Hubungi :
014-8071730 / 017-9396781 (BAR - TRG)
017-9123212 (FENDI -KUANTAN)

INGAT MISI & VISI  KITE...
KAMI BUKAN SAMSENG JALANAN, KAMI BELIA HARAPAN.
"71Club Terus Maju"