16 Jun 2011

71CLUB KONVOI CHERATING 24-26 JUN 2011


...::71Club Konvoi::...
24-06-2011 ( TERENGGANU,PAHANG,MELAKA)
71cLUB bIkE fEsTiVaL kOnVoI tO cHeRaTiNg 2011
chalet booking sendiri ~BBQ RM5.00 sahaja (malam 24 hb)
Hubungi Leader Kawasan atau admin anda
.."Kami Bukan Samseng Jalanan,Kami Belia Harapan"..
"71club Terus Maju"


1 Jun 2011

OPERASI PIHAK BERKUASA

Perhatian untuk semua crew-crew Terengganu. Pada hari ini 1 JUN 2011 bermulalah operasi oleh pihak berkuasa PDRM dalam mencegah Samseng Jalanan. Kepada semua crew, pihak pengurusan 71Club mengharapkan semua crew agar berhati-hati bermula dari sekarang. Pada 28 MEI 2011 baru ini, lebih kurang 200 Buah motosikal telah ditahan dan dibawa ke Balai Polis Daerah Kuala Terengganu. Rujuk pada Page 71Club di Laman Sosial Facebook. Terima Kasih.

KAMI BUKAN SAMSENG JALANAN, KAMI BELIA HARAPAN

PERHATIAN!!!

Seperti yang sedia maklum, kepada mana-mana crew yang memandai-mandai menubuhkan atau mengadakan PAGE 71Club bagi negeri-negeri yang belum mendaftar secara sah akan dikenakan tindakan oleh pengurusan. Hal ini kerana terlalu banyak PAGE 71Club di Laman Sosial Facebook dari negeri-negeri yang belum mendaftar secara sah. Kerjasama anda semua crew 71Club adalah diharapkan demi menjaga IMEJ 71Club.

KAMI BUKAN SAMSENG JALANAN, KAMI BELIA HARAPAN

BBQ BERSAMA CREW 71CLUB, SETIU

Dari apa yang telah diberitahu di Laman Sosial Facebook, crew Hulu Terengganu akan mengadakan Majlis BBQ bersama crew-crew 71Club yang bertempat di Air Terjun Sekayu pada 3 JUN 2011 selepas sembahyang Jumaat. Bayaran adalah RM5 seorang. Mereka yang berminat bolehlah hadir bersama disana dan memeriahkan lagi Majlis kita bersama 71Club.


KAMI BUKAN SAMSENG JALANAN, KAMI BELIA HARAPAN

BELIA DISISIHKAN

Untuk pengetahuan semua crew yang masih aktif bersama 71Club. Usaha Persatuan Belia Waja Watan untuk membantu kita semua ke Putrajaya dalam Program Sejuta Belia disana tidak membuahkan hasil atas sebab POLITIKUS yang terlalu ketara. Dimaklumkan kepada semua crew 71Club, marilah sama-sama kita semua berusaha dengan mengadakan Tabung Belia dan kita sama-sama membantu Persatuan Belia Waja Watan dalam meningkatkan prestasi dan nama baik kita semua.

INILAH KERATAN AKHBAR ''SINAR HARIAN'' YANG MEMANASKAN LAGI NAMA BAIK KITA SEMUA

KAMI BUKAN SAMSENG JALANAN, KAMI BELIA HARAPAN