29 April 2011

SELAMAT MENDAKI KE PUNCAK

Alhamdulillah, seperti mana yang kita tahu semua crew-crew 71Club serta Tuan Presiden kita sendiri telah selamat sampai ke puncak Genting Highland pada jam 9.00 pagi semalam iaitu 29/04/2011 (Jumaat). Kepada crew-crew yang tidak menyertai RIDE TO GENTING HIGHLAND bolehlah meluangkan sedikit masa untuk menyertai RIDE TO KEMASIK pada 1 MEI 2011 (Ahad) untuk kita bertemu dengan Menteri Belia Dan Sukan Malaysia di IKBN Kemasik. Masa bertolak adalah jam 10.00 pagi dan kepada mana-mana crew yang ingin menyertainya bolehlah berkumpul di batu burok jam 9.00 pagi. Kita akan berkonvoi dengan Benetton Crew Terengganu dan dibawah jagaan Persatuan Belia Waja Watan Negeri Terengganu. Diharap semua crew dapat memberi kerjasama yang amat baik untuk konvoi kali ini. 

Ini adalah baju RIDE TO GENTING HIGHLAND

KAMI BUKAN SAMSENG JALANAN, KAMI BELIA HARAPAN

27 April 2011

RIDE TO IKBN KEMASIK 1 MEI 2011

Untuk makluman untuk semua crew-crew 71Club, kita akan mengadakan satu perjumpaan bersama Menteri Belia Dan Sukan di IKBN Kemasik pada 1 Mei 2011 untuk membincangkan status kelab kita sekarang. Crew-crew dijemput untuk menyertai program ini dan kepada sesiapa yang ingin menyertainya, sila hubungi Leader kawasan masing-masing. Kita akan bertolak ke IKBN Kemasik pada 1 Mei 2011 jam 10.00 pagi bersama satu lagi kelab motor yang berdaftar dengan Persatuan Belia Waja Watan iaitu Benetton Crew Terengganu. Diharap semua crew dapat memberikan kerjasama yang amat baik demi memajukan sukan permotoran negeri Terengganu.

KAMI BUKAN SAMSENG JALANAN, KAMI BELIA HARAPAN

RIDE TO GENTING 1 MEI 2011

Selamat jalan diucapkan kepada semua crew-crew yang terlibat dalam aktiviti RIDE TO GENTING yang akan bertolak pada malam ini 28 Mei 2011 jam 9 malam dan akan pulang pada 1 Mei 2011. Semoga dipermudahkan segalanya di dalam perjalanan anda & diharapkan anda semua selamat pergi dan pulang.

KAMI BUKAN SAMSENG JALANAN, KAMI BELIA HARAPAN

18 April 2011

DALAM KENANGAN

Pada hari ini Isnin bertarikh 18 April 2011 adalah hari yang menyedihkan buat crew 71Club yang mana hari ini adalah genap 2 tahun arwah Sabri (Liket@Kecek) telah pergi meninggalkan kita buat selamanya. Diseru kepada crew-crew 71Club sekalian dan anda yang mengenali arwah, marilah sama-sama kita menyedekahkan Al-Fatihah kepada arwah beliau dan semoga Roh beliau ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh. AL-FATIHAH....

KAMI BUKAN SAMSENG JALANAN, KAMI BELIA HARAPAN

14 April 2011

MUSANG 71 TERSOHOR DI TERENGGANU

Inilah semangat yang kita inginkan daripada crew-crew sekalian. Jangan sekadar bersahaja untuk menyertai 71Club tapi kenalilah dengan lebih dekat tujuan utama 71Club ditubuhkan. Semangat untuk mengubah nama baik kita semua daripada pandangan serong oleh masyarakat. Itulah yang kita mahukan didalam perjuangan ahli 71Cub. Pastikan mereka semua tahu yang 71Club bukan hanya di Terengganu tetapi 71Club telah berada dimana-mana. ITULAH NAMANYA MUSANG PALING SOHOR ADALAH MUSANG 71!!!!




KAMI BUKAN SAMSENG JALANAN, KAMI BELIA HARAPAN