KAMI BUKAN SAMSENG JALANAN, KAMI BELIA HARAPAN
20 Mei 2011
DINNER NIGHT BERSAMA CREW MELAKA
Baru-baru ini, crew Melaka telah mengadakan Dinner Night BBQ yang bertujuan untuk bersuai kenal sesama crew-crew yang menetap di Melaka. Program seperti ini amatlah diperlukan untuk kita bersatu sesama crew dalam membimbing 71Club kearah kejayaan yang cemerlang. TAHNIAH diucapkan kepada semua crew yang terlibat.
ULANGTAHUN KEDUA 71CLUB CREW SETIU, TERENGGANU 2009
Pada tahun 2009 yang lepas, crew setiu telah menyambut ulangtahun 71Club ke 2 sempena 71Club ditubuhkan disana kawasan Setiu, Terengganu. Tahniah diucapkan pada crew-crew yang telah menjayakan sambutan ulangtahun tersebut. Pihak admin dan warga kerja 71Club mengharapkan sambutan seperti ini akan diadakan pada setiap tahun bagi mengenangkan hari permulaan 71Club diperkenalkan kepada semua.
KAMI BUKAN SAMSENG JALANAN, KAMI BELIA HARAPAN
18 Mei 2011
GROUP PENGUMPULAN CREW 71CLUB DARI SELURUH PELUSUK NEGERI
Seperti mana yang telah dihebahkan di laman sosial Facebook, 71Club telah mengadakan Group di laman sosial tersebut bertujuan untuk crew-crew 71Club berkumpul, bertanya khabar dan meluahkan idea yang mungkin boleh membuatkan 71Club lebih menyerlah dan maju kehadapan. Sekiranya crew berminat untuk serati Group tersebut klik pada Link www.seventyone@groups.facebook.com. Ayuh sertai kami 71Club.
KAMI BUKAN SAMSENG JALANAN, KAMI BELIA HARAPAN
KAMI BUKAN SAMSENG JALANAN, KAMI BELIA HARAPAN
PROGRAM SSRM PERSATUAN BELIA WAJA WATAN
Kepada Leader daerah dan kawasan diwajibkan melibatkan diri dalam pertemuan dengan Mantan Exco Belia Dan Sukan beserta Ngo akan diadakan pada 20 MEI 2011 iaitu Jumaat jam 9.00 malam di TER, Kuala Terengganu. Program ini bertujuan untuk menyahut kembali seruan SSRM MALAYSIA T (Mobile) yang mana Program tersebut dinamakan Rempit Sifar 2010 yang telah lama dirancang oleh PERSATUAN BELIA WAJA WATAN. Diaharapkan Leader 71Club bagi setiap kawasan dan daerah dapat menyertai Program ini untuk membantu kita dalam mendapat pembelaan dari Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia. INSYAALLAH..
KAMI BUKAN SAMSENG JALANAN, KAMI BELIA HARAPAN
RIDE TO CHERATING 2011
Selepas mendapat persetujuan ramai 71Club sekali lagi ingin mengadakan konvoi iaitu RIDE TO CHERATING yang mana disana kita akan berjumpa dengan semua crew dari tiga buah negeri iaitu Crew Melaka, Crew Pahang dan juga Crew Terengganu. Daripada sinilah kita dapat bersatu dalam mengeratkan lagi hubungan persahabatan kita supaya kita semua tidak berpecah. Marilah semua sertai 71Club dan sertai RIDE TO CHERATING pada 26 JUN 2011. Untuk maklumat lanjut hubungi Jabbar atau Mus di laman sosial Facebook. Jom semua kepada crew-crew 71CLUB semua kita LANCORRRRRR....
KAMI BUKAN SAMSENG JALANAN, KAMI BELIA HARAPAN
Langgan:
Catatan (Atom)






