19 Jun 2011

APA KHABAR SEMUA CREW

Dah lame admin tak update Blog nie. Admin tak berkesempatan untuk update Blog nie dalam masa seminggu dua nie. Apa cerita dengan crew-crew kita semua? Admin mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda semua yang sudi membaca Blog 71Club ini. Pihak Pengurusan dan Ajk 71Club mengucapkan jutaan terima kasih diatas kerjasama semua crew mahupun bukan crew 71Club yang sudi meluangkan sedikit masa untuk menghayati apa yang diinginkan oleh para crew dan pengurusan 71Club. Terima kasih juga diucapkan kepada pihak Persatuan Belia Waja Watan yang tidak putus-putus menyokong 71Club untuk terus maju dan berkembang ke seluruh negeri mahupun negara. Masih ingatkah slogan kita semua yang berbunyi ''KAMI BUKAN SAMSENG JALANAN, KAMI BELIA HARAPAN''. Crew-crew semua perlu berhati-hati pada masa sekarang kerana operasi pihak berkuasa yang dijalankan untuk membanteras SAMSENG JALANAN tanpa mengira masa. Crew-crew juga disarankan untuk mengadakan aktiviti berkumpulan pada hujung minggu bagi mengelakkan daripada terjerumus ke dalam operasi yang dijalankan pihak berkuasa. Apa jua cadangan untuk mengadakan aktiviti bolehlah diadukan kepada pihak pengurusan atau berjumpa sendiri dengan Leader Daerah masing-masing.

KAMI BUKAN SAMSENG JALANAN, KAMI BELIA HARAPAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan