10 April 2011

KENALI ARWAH SABRI ( KECEK)

seperti mana yang kita ketehaui, arwah sabri atau lebih mesra dikenali sebagai kecek telah banyak membantu kita semua di dalam 71 club ini. arwah telah banyak membantu kita sejurus menaikkan 71 club di terengganu ini. arwah pergi buat selamanya meninggalkan kita setelah beliau terlibat dalam satu kemalangan di tempat membuat pusingan u berhampiran durian burung, kuala terengganu. kini beliau sudah tiada bersama kita untuk memperjuangkan 71club dan diharap, kepada crew-crew agar dapat berganding dan bersatu hati untuk sama-sama kita menaikkan nama 71club ke arah kecemerlangan di mata dunia. insyaallah, dengan izin allah kita semua akan berjaya. marilah kita sama-sama menyedekahkan al-fatihah buat arwah sabri (kecek) agar beliau ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang soleh. al-fatihah.....

KAMI BUKAN SAMSENG JALANAN, KAMI BELIA HARAPAN

8 April 2011

AGENDA PENUBUHAN 71 CLUB

Marilah kita sama-sama bersatu hati dan berganding bahu dalam memajukan 71 Club kearah kegemilangan di mata dunia. Biar semua orang tahu yang 71 Club ditubuhkan bukan untuk diburukkan oleh media pada masa kini seperti yang terjadi tahun lepas dalam 999. 71 Club ditubuhkan adalah untuk mengurangkan kadar rempit di negara ini. Kini 71 Club diklasifikasikan sebagai samseng jalanan setelah terpaparnya nama 71 Club di 999. sebaliknya 71 Club tidak bertindak sedemikian kerana KAMI BUKAN SAMSENG JALANAN, KAMI BELIA HARAPAN. kami menubuhkan kelab ini adalah untuk membantu remaja-remaja yang selalu merempit supaya mereka tidak terjebak dengan apa jua kesalahan mengikut undang-undang. Kami telah didaftarkan di bawah persatuan belia dan kami telah bekerjasama dengan belia untuk mengurangkan kadar rempit di negara tercinta. Marilah kita bersatu hati dan berganding bahu demi menaikkan lagi nama 71 Club sejurus memperkenalkan 71 Club ke mata dunia. BERSATU KITA TEGUH, BERCERAI KITA ROBOH..



KAMI BUKAN SAMSENG JALANAN, KAMI BELIA HARAPAN

DOA BUAT CREW 71 CLUB

kepada semua crew-crew 71 club, selama kita hidup nie marilah sama-sama kita bertaubat kepada Allah SWT kerana dari Dia kita datang dan Kepada Dia Kita Pulang. Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan kerana solat lima waktu sehari semalam adalah wajib bagi kita umat islam. saya disini ingin berpesan kepada crew-crew 71 club agar kita selalu berdoa kepadaNya agar kita bersama mendapat keberkatan hidup dari Allah SWT dan dirahmati sepanjang hayat kita.






KAMI BUKAN SAMSENG JALANAN, KAMI BELIA HARAPAN

71 CLUB GROUP ON FACEBOOK

seperti mana yang kita lihat, 71 Club telah membuat satu group di dalam facebook untuk memudahkan Crew-crew berkongsi idea, bertanya khabar dan bersuai kenal dengan crew-crew lain. Dengan wujudnya group ini sedikit sebanyak mengurangkan perselisihan faham antara satu sama lain kerana disini kita dapat mendengar pelbagai agenda-agenda terkini berkaitan dengan aktiviti 71 Club. kepada sesiapa yang ingin join group 71 Club di facebook sila layari 71ClubTrgGroup@groups.facebook.com klik pada ASK TO JOIN.



PERHATIAN :
Kepada sesiapa yang didapati melanggar undang-undang group sama ada menganiaya, memaki hamun & sebagainya akan diambil tindakan atau dibuang dari graoup atau dilupuskan dari FACEBOOK..

KAMI BUKAN SAMSENG JALANAN, KAMI BELIA HARAPAN

7 April 2011

PENJUALAN CENDERAMATA 71 CLUB

Seperti mana yang kita tahu, 71 Club telah mengadakan satu lagi aktiviti iaitu Menjual Cenderamata kepada semua Crew-crew 71 yang ingin membeli sebagai tanda kenangan yang kita pernah bersama di dalam satu pasukan yang telah dikongsikan bersama. Setiap pembelian anda amat bermakna kerana wang yang diperolehi akan di masukkan ke dalam Tabung 71 Club untuk kita membuat aktiviti-aktiviti selepas ini kerana LEREL AMALAN KITE.... Pada mana-mana Crew yang berminat sila hubungi nombor yang tertera di gambar di bawah...


KAMI BUKAN SAMSENG JALANAN, KAMI BELIA HARAPAN