8 April 2011

AGENDA PENUBUHAN 71 CLUB

Marilah kita sama-sama bersatu hati dan berganding bahu dalam memajukan 71 Club kearah kegemilangan di mata dunia. Biar semua orang tahu yang 71 Club ditubuhkan bukan untuk diburukkan oleh media pada masa kini seperti yang terjadi tahun lepas dalam 999. 71 Club ditubuhkan adalah untuk mengurangkan kadar rempit di negara ini. Kini 71 Club diklasifikasikan sebagai samseng jalanan setelah terpaparnya nama 71 Club di 999. sebaliknya 71 Club tidak bertindak sedemikian kerana KAMI BUKAN SAMSENG JALANAN, KAMI BELIA HARAPAN. kami menubuhkan kelab ini adalah untuk membantu remaja-remaja yang selalu merempit supaya mereka tidak terjebak dengan apa jua kesalahan mengikut undang-undang. Kami telah didaftarkan di bawah persatuan belia dan kami telah bekerjasama dengan belia untuk mengurangkan kadar rempit di negara tercinta. Marilah kita bersatu hati dan berganding bahu demi menaikkan lagi nama 71 Club sejurus memperkenalkan 71 Club ke mata dunia. BERSATU KITA TEGUH, BERCERAI KITA ROBOH..



KAMI BUKAN SAMSENG JALANAN, KAMI BELIA HARAPAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan