13 April 2011

PERTIKAIAN

dari apa yang kita tahu, hari kita dipertikaikan dengan design stiker ride to chemerong oleh kelab lain. untuk pengetahuan ahli 71club, selepas daripada ini kalau nak design stiker atau apa-apa berkaitan dengan kelab tolong jangan ambil design orang atau kelab lain sebab kita tidak mahu kelab kita diperlekehkan oleh orang lain kerana meniru mereka. usahalah supaya kita mendapat idea tersendiri daripada apa yang telah dilakukan oleh orang lain. sendiri edit, sendiri design. diharap crew-crew semua mengambil iktibar dari kesilapan ini. harap maklum.

KAMI BUKAN SAMSENG JALANAN, KAMI BELIA HARAPAN

12 April 2011

SUMBANGKAN HASIL KERJA ANDA

dari apa yang kita lihat sekarang, berkembangnya bakat edit atau mengubahsuai gambar-gambar oleh crew-crew 71club. marilah sama-sama kita kongsikan hasil pengubahsuaian yang telah dilakukan oleh anda di http://www.facebook.com/#!/pages/-71-CLUB-OFFICIAL-PAGE-/112265212156842..
hasil kerja anda akan dipertonjolkan kepada semua warga 71club dan seluruh negara. cukuplah dengan apa yang telah dilabelkan oleh kerajaan kepada kita iaitu SAMSENG JALANAN. marilah kita sama-sama mengubah persepsi kita yang telah diperlekehkan oleh mereka yang telah melabelkan kita seperti itu dan buktikan kepada mereka yang kita bukan SAMSENG JALAN, kitalah BELIA HARAPAN NEGARA.



KAMI BUKAN SAMSENG JALANAN, KAMI BELIA HARAPAN

11 April 2011

RIDE TO CHEMERONG, TERENGGANU 1 MEI 2011

kepada crew-crew 71club yang tidak join ride to genting highland pada 1 mei ini bolehlah anda join ride to chemerong pada 1 mei 2011 yang dianjurkan oleh crew 71club daerah besut. tujuan utama adalah untuk mengenali dengan lebih dekat lagi crew-crew dari daerah yang berlainan sejurus merapatkan lagi hubungan silaturahim antara crew-crew yang lain. marilah kita sama-sama memeriahkan lagi ride to genting highland & ride to chemerong pada 1 mei 2011 ini. bagi ride to chemerong, tiada yuran dikenakan. tanggungan adalah sendirian berhad. sebarang masalah rujuk kepada admin blog ini atau layari http://www.facebook.com/#!/pages/-71-CLUB-OFFICIAL-PAGE-/112265212156842.


KAMI BUKAN SAMSENG JALANAN, KAMI BELIA HARAPAN

TATATERTIB 71CLUB

perhatian kepada semua crew-crew 71club. Anda dinasihatkan supaya menjaga tatatertib dan tingkahlaku anda terhadap ahli kelab dan kumpulan-kumpulan kelab yang lain. Ini adalah sebahagian cara untuk menjaga imej 71club dari diperlekehkan oleh orang lain. Dari apa yang kita lihat sekarang, ramai di kalangan remaja-remaja kita menggunakan nama 71club untuk membuat kecoh seperti mana yang telah kerap kali berlaku di laman sosial FACEBOOK. Laman tersebut adalah laman untuk berkongsi pendapat dengan rakan-rakan yang lain dan bukan untuk memburukkan mana-mana pihak dengan menggunakan nama kelab. justeru itu, pihak ajk 71club akan mengambil tindakan tatatertib sekiranya anda bertindak sedemikian. Kita akan mengesan mana-mana pihak yang terlibat dalam membuat kecoh dengan menggunakan nama 71club. jangan ingat kamu terlebih cerdik kerana sekarang kita sudah mempunyai cara tersendiri untuk mengesan anda.


KAMI BUKAN SAMSENG JALANAN, KAMI BELIA HARAPAN

10 April 2011

71 CLUB OFFICIAL PAGE DI FACEBOOK

di facebook kita mempunyai ramai kenalan dari seluruh pelusuk daerah mahupun negeri. tidak kah anda sedar bahawa seramai 4,123 orang yang telah like page 71 club di facebook. jadi, marilah sama-sama kita kenali dengan lebih dekat lagi 71club dan sama-samalah kita berusaha memajukan industri permotoran negara bersama 71club.

 
  KAMI BUKAN SAMSENG JALANAN, KAMI BELIA HARAPAN