11 April 2011

TATATERTIB 71CLUB

perhatian kepada semua crew-crew 71club. Anda dinasihatkan supaya menjaga tatatertib dan tingkahlaku anda terhadap ahli kelab dan kumpulan-kumpulan kelab yang lain. Ini adalah sebahagian cara untuk menjaga imej 71club dari diperlekehkan oleh orang lain. Dari apa yang kita lihat sekarang, ramai di kalangan remaja-remaja kita menggunakan nama 71club untuk membuat kecoh seperti mana yang telah kerap kali berlaku di laman sosial FACEBOOK. Laman tersebut adalah laman untuk berkongsi pendapat dengan rakan-rakan yang lain dan bukan untuk memburukkan mana-mana pihak dengan menggunakan nama kelab. justeru itu, pihak ajk 71club akan mengambil tindakan tatatertib sekiranya anda bertindak sedemikian. Kita akan mengesan mana-mana pihak yang terlibat dalam membuat kecoh dengan menggunakan nama 71club. jangan ingat kamu terlebih cerdik kerana sekarang kita sudah mempunyai cara tersendiri untuk mengesan anda.


KAMI BUKAN SAMSENG JALANAN, KAMI BELIA HARAPAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan