3 Mei 2011

SLOGAN KITA BERSAMA

Pada semua crew 71Club. Berjuanglah demi negara tercinta supaya tidak dicerca oleh mana-mana pihak yang mahu menjatuhkan kita. Ingat slogan kita semua, KAMI BUKAN SAMSENG JALANAN, KAMI BELIA HARAPAN.


KAMI BUKAN SAMSENG JALANAN, KAMI BELIA HARAPAN

PELAN STRATEGIK (JINAK REMPIT SIFAR 2010)

Seperti mana yang kita semua tahu, SSRM dari Persatuan Belia Waja Watan telah banyak membantu kita dalam pelbagai sudut untuk kita membuat sesuatu program. Marilah kita sama-sama memberi kerjasama yang sebaiknya kepada Persatuan Belia Waja Watan demi menjaga kita dari dimusnahkan dan dijadikan KAMBING HITAM oleh mereka yang melabelkan kita sebagai SAMSENG JALANAN..



KAMI BUKAN SAMSENG JALANAN, KAMI BELIA HARAPAN

RIDE TO LATA TEMBAKAH AND GENTING HIGHLAND

Tahniah diucapkan kepada crew 71Club bagi daerah Besut, Setiu yang telah berjaya menjayakan program RIDE TO LATA TEMBAKAH pada 1 Mei 2011 bersempena hari pekerja baru-baru ini. Kami pihak Admin mengucapkan syabas dan seelok-eloknya berkongsilah gambar semasa berkonvoi disini. Tidak lupa juga kita ingin mengucapkan tahniah kepada Rider-Rider kita yang telah menjayakan RIDE TO GENTING HIGHLAND yang diketuai sendiri oleh Tuan Presiden 71Club. Tahniah diucapkan pada semua danselamat pulang kepada para Rider-Rider 71Club..
CREW DAERAH BESUT, SETIU & MR. PRESIDEN 71CLUB.

KAMI BUKAN SAMSENG JALANAN, KAMI BELIA HARAPAN

2 Mei 2011

SELAMAT HARI PEKERJA

Dalam kesibukan konvoibaru-baru ini, pihak pengurusan 71Club tidak lupa untuk mengucapkan SELAMAT HARI PEKERJA bagi seluruh rakyat Malaysia yang bekerja untuk mencari rezeki untuk keluarga dan diri masing-masing. Kami di 71Club mendoakan anda semua dipermudahkan segala kerja dan harap dapat memberi khidmat yang terbaik di tempat kerja anda semua.
SELAMAT HARI PEKERJA




KAMI BUKAN SAMSENG JALANAN, KAMI BELIA HARAPAN

1 Mei 2011

PROGRAM BERSAMA MENTERI BELIA (71CLUB BERSAMA BENETTON CREW)

Seperti yang sedia maklum, crew 71Club telah bergabung dengan Benetton Crew untuk mengadakan konvoi ke IKBN Kemasik pada 1 MEI 2011 untuk sesi bersama Menteri Belia Dan Sukan Malaysia sejurus membincangkan tentang status & hala tuju kelab masing-masing. Ianya mendapat respon yang baik dr Menteri Belia iaitu Datuk Sabri Chikdan beliau menyokong akan pertubuhan kelab motor yang bertujuan mengelakkan remaja-remaja dari terjerumus ke dalam panggilan SAMSENG JALANAN. Diharapkan crew-crew 71Club dapat memberi kerjasama kepada Benetton Crew Terengganu untuk kita sama-sama memajukan kelab motor kita & menaikkan nama kelab kita semua ke mata dunia supaya semua masyarakat tahu yang bahawa kelab yang dinyatakan oleh media iaitu 999 pada tahun lepas adalah kelab yang berdaftar dibawah Persatuan Belia Waja Watan dan bukan dari kelab yang haram. Tanggapan tersebut telah menjejaskan imej 71Club sejurus menjatuhkan nama baik kelab motor kita semua. Marilah sama-sama kita bersatu & bergabung demi mempertahankan nama baik kelab kita dan memperkenalkan kepada semua masyarakat yang bahawa kita adalah BELIA HARAPAN NEGARA bukan SAMSENG JALANAN seperti yang mereka perkatakan!!!


KAMI BUKAN SAMSENG JALANAN, KAMI BELIA HARAPAN