1 Mei 2011

PROGRAM BERSAMA MENTERI BELIA (71CLUB BERSAMA BENETTON CREW)

Seperti yang sedia maklum, crew 71Club telah bergabung dengan Benetton Crew untuk mengadakan konvoi ke IKBN Kemasik pada 1 MEI 2011 untuk sesi bersama Menteri Belia Dan Sukan Malaysia sejurus membincangkan tentang status & hala tuju kelab masing-masing. Ianya mendapat respon yang baik dr Menteri Belia iaitu Datuk Sabri Chikdan beliau menyokong akan pertubuhan kelab motor yang bertujuan mengelakkan remaja-remaja dari terjerumus ke dalam panggilan SAMSENG JALANAN. Diharapkan crew-crew 71Club dapat memberi kerjasama kepada Benetton Crew Terengganu untuk kita sama-sama memajukan kelab motor kita & menaikkan nama kelab kita semua ke mata dunia supaya semua masyarakat tahu yang bahawa kelab yang dinyatakan oleh media iaitu 999 pada tahun lepas adalah kelab yang berdaftar dibawah Persatuan Belia Waja Watan dan bukan dari kelab yang haram. Tanggapan tersebut telah menjejaskan imej 71Club sejurus menjatuhkan nama baik kelab motor kita semua. Marilah sama-sama kita bersatu & bergabung demi mempertahankan nama baik kelab kita dan memperkenalkan kepada semua masyarakat yang bahawa kita adalah BELIA HARAPAN NEGARA bukan SAMSENG JALANAN seperti yang mereka perkatakan!!!


KAMI BUKAN SAMSENG JALANAN, KAMI BELIA HARAPAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan