20 Jun 2011

RIDE, RIDE, RIDE

Atas sebab ramai crew yang memohon untuk mengadakan aktiviti, crew 71Club dari daerah Besut, Setiu, Batu Rakit dan Hulu Terengganu akan mengadakan RIDE TO SEKAYU pada 1 JULAI 2011 yang akan diketuai oleh Mus atau lebih dikenali sebagai Musang Teknologi IT iaitu Leader Besut. Kepada mana-mana crew yang ingin menyertai RIDE TO SEKAYU ini bolehlah berhubung dengan Leader Besut iaitu Mus di Facebook atau kunjungi Page 71Club untuk keterangan lanjut. Tiada apa-apa bayaran dikenakan.

KAMI BUKAN SAMSENG JALANAN, KAMI BELIA HARAPAN

KEPALA ANGIN

Seperti mana yang kita tahu, ada diantara kita ditimpa kemalangan pada 18 JUN 2011(Sabtu) iaitu kepala angin atau dikenali sebagai ribut. Pihak pengurusan 71Club berharap crew-crew yang ada mengalami kemalangan terbabit tampil memberitahu kepada Admin atau pengurusan supaya kita tahu akan situasi crew-crew yang terlibat dalam kejadian Kepala Angin yang melanda negeri ini. Crew-crew yang tidak terbabit juga disarankan supaya membantu rakan-rakan satu perjuangan kita untuk meringankan lagi kerja-kerja atau bebanan yang mereka alami. Pihak pengurusan juga bersyukur kerana tidak ada sebarang kemalangan jiwa berlaku.

KAMI BUKAN SAMSENG JALANAN, KAMI BELIA HARAPAN

19 Jun 2011

BERITA BAIK

Adakah kita telah membaca akhbar METRO pada hari ini 19 JUN 2011?? YB Rozi iaitu Pengarah Belia Dan Sukan Negeri Terengganu telah menyatakan pada sidang akhbar bahawa pihak Kementerian Belia Dan Sukan Negeri Terengganu akan menyediakan Litar bagi semua Mat Rempit untuk menonjolkan bakat mereka disana. Seperti mana yang telah dibaca, kawasan yang dikenalpasti adalah kawasan Marang, Kuala Berang dan Setiu. Apa yang telah diperkatakan di dalam akhbar berkenaan, Litar yang akan disediakan nanti berkeluasan 3 hingga 4 hektar. Sekiranya apa yang diperkatakan oleh YB Rozi pada sidang media di Dataran Syahbandar semalam sempena perasmian ''RIDE IT RIGHT'' akan menjadi kenyataan untuk semua crew 71Club yang ingin menonjolkan bakat yang terpendam pada semua crew.

KAMI BUKAN SAMSENG JALANAN, KAMI BELIA HARAPAN

APA KHABAR SEMUA CREW

Dah lame admin tak update Blog nie. Admin tak berkesempatan untuk update Blog nie dalam masa seminggu dua nie. Apa cerita dengan crew-crew kita semua? Admin mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda semua yang sudi membaca Blog 71Club ini. Pihak Pengurusan dan Ajk 71Club mengucapkan jutaan terima kasih diatas kerjasama semua crew mahupun bukan crew 71Club yang sudi meluangkan sedikit masa untuk menghayati apa yang diinginkan oleh para crew dan pengurusan 71Club. Terima kasih juga diucapkan kepada pihak Persatuan Belia Waja Watan yang tidak putus-putus menyokong 71Club untuk terus maju dan berkembang ke seluruh negeri mahupun negara. Masih ingatkah slogan kita semua yang berbunyi ''KAMI BUKAN SAMSENG JALANAN, KAMI BELIA HARAPAN''. Crew-crew semua perlu berhati-hati pada masa sekarang kerana operasi pihak berkuasa yang dijalankan untuk membanteras SAMSENG JALANAN tanpa mengira masa. Crew-crew juga disarankan untuk mengadakan aktiviti berkumpulan pada hujung minggu bagi mengelakkan daripada terjerumus ke dalam operasi yang dijalankan pihak berkuasa. Apa jua cadangan untuk mengadakan aktiviti bolehlah diadukan kepada pihak pengurusan atau berjumpa sendiri dengan Leader Daerah masing-masing.

KAMI BUKAN SAMSENG JALANAN, KAMI BELIA HARAPAN

16 Jun 2011

71CLUB KONVOI CHERATING 24-26 JUN 2011


...::71Club Konvoi::...
24-06-2011 ( TERENGGANU,PAHANG,MELAKA)
71cLUB bIkE fEsTiVaL kOnVoI tO cHeRaTiNg 2011
chalet booking sendiri ~BBQ RM5.00 sahaja (malam 24 hb)
Hubungi Leader Kawasan atau admin anda
.."Kami Bukan Samseng Jalanan,Kami Belia Harapan"..
"71club Terus Maju"