16 Mei 2011

TAHNIAH BUAT TERENGGANU

Seperti mana yang kita tahu, semalam adalah perlawanan penentuan antara TERENGGANU dan PAHANG yang berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasirudin Syah, Kuala Terengganu. Terengganu telah membenam Pahang 2-0 dan memenangi perlawanan Separuh Akhir Piala FA dengan aggregat 5-2. Ini bermakna Terengganu akan bertemu dengan pasukan Kelantan di Final Piala FA yang akan berlangsung di Stadium Shah Alam, Selangor pada 11 JUN 2011. Marilah sam-sama kita gegarkan Stadium Shah Alam untuk penentuan JUARA PIALA FA 2011. Kami di 71Club mengucapkan TAHNIAH kepada pasukan TERENGGANU, PAHANG, KELANTAN dan SELANGOR kerana layak hingga ke Separuh Akhir. Sekali lagi ucapan TAHNIAH buat negeri PANTAI TIMUR kerana ketiga-tiga negeri di Pantai Timur telah berjaya menempah tiket ke Separuh Akhir dan Final Piala FA. TAHNIAH buat semua dari warga kerja 71Club!!
 

KAMI BUKAN SAMSENG JALANAN, KAMI BELIA HARAPAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan